Sejumlah RM4.8 Juta Saman Dijelaskan di IPD Kota Setar Sejak November 2010

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sejumlah RM4.85 juta saman telah dijelaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sejak November 2010 sehingga semalam, kata Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan.

Beliau berkata selepas kerajaan mengumumkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk bayaran pelbagai jenis saman, IPD itu menerima bayaran kira-kira RM363,000 pada bulan November, dan menjelang Disember, jumlah saman yang dijelaskan adalah RM2.004 juta.

"Jumlah saman yang dikumpul pada bulan Januari tahun ini kira-kira RM831,000 dan bulan ini sehingga semalam, kita telah menerima bayaran saman sebanyak RM1.653 juta," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Adzaman berkata sejak dua minggu lepas, kaunter bayaran dilanjutkan sehingga 6 petang berbanding pukul 5 petang sebelum ini, selain dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu bagi memudahkan orang ramai menjelaskan saman.

"Kita juga turut memasang khemah di luar kaunter bayaran saman, dan semalam kita memberi air minuman kepada pesalah trafik yang datang membayar saman kerana keadaan cuaca di sini sangat terik," katanya. Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai membanjiri kaunter bayaran saman trafik sejak 7 pagi.

Seorang pesalah trafik, Fazliana Omar, 29, berkata dia membayar saman hari ini kerana tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana sedang menjalani latihan praktikal.

"Hari ini saya datang juga kerana mahu mengambil kesempatan dengan potongan 50 peratus yang ditawarkan kerajaan," katanya yang disaman kerana kesalahan parkir.

Onn Pa, 37, pula berkata dia tidak sempat membayar saman sebelum ini kerana sibuk selain mempunyai masalah kewangan.

"Saya menggunakan duit gaji yang lepas untuk menguruskan hal keperluan lain, dan hari ini, macam mana sekalipun, saya perlu jelaskan saman ini juga," katanya yang turut meminta kerajaan menghapuskan saman ekor. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan