Sains, Matemarik Dalam B.I Tak Lunturkan Semangat Patriotik - Dr Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seseorang yang menguasai bahasa Inggeris tidak akan luntur semangat patriotiknya kerana kini bahasa itu merupakan bahasa ilmu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita perlu menghadapi hakikat ini jika kita ingin memahami Sains dan Matematik untuk memperbaiki kehidupan kita, dan untuk membina negara ini menjadi sebuah negara maju, kita perlu berupaya memahami bahasa asing.

"Jika hari ini, kita buat keputusan untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, ia tidak bererti kita kurang patriotik," kata Dr Mahathir ketika menyampaikan ucap tama pada Forum Bioteknologi 2011 bertajuk, "Kebijaksnaaan Masa Lampau Untuk Menuju Masa Depan" di Subang Jaya dekat sini, Isnin.

Beliau berkata, Sains dan Matematik adalah mata pelajaran yang sentiasa berkembang hasil daripada pelbagai penyelidikan dan penciptaan manakala semua kertas kajiannya pula dihasilkan dalam bahasa Inggeris.

"Tanpa kebolehan menterjemah semua ini ke dalam ilmu baru, orang Melayu akan ketinggalan dalam sesetengah bidang penting," katanya.

Beliau berkata, mereka yang memahami mata pelajaran itu serta mampu membuat terjemahan, tidak akan berminat untuk menjadi penterjemah sepanjang hidup mereka, sedangkan Sains akan terus mengalami kemajuan selepas mereka meninggal dunia dan karya baru perlu diterjemahkan.

"Menguasai bahasa Inggeris sangat penting dan mereka yang tidak memahami bahasa Inggeris tidak akan dapat mengikuti penemuan baru dalam bidang Sains," katanya.

Dr Mahathir berkata, bahasa sesuatu bangsa akan hanya dipelajari orang asing sekiranya bangsa itu maju dan terkenal kerana ilmu pengetahuan dan hasil penyelidikannya.

Sebagai contoh, kata beliau, pada kurun ke-15, bangsa Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab kerana pada waktu itu, tamadun Islam begitu hebat dan amat dihormati.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan dalam bahasa ibunda pelajar (Mandarin atau Tamil) di sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah Tamil mulai 2011 berikutan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Kerajaan juga mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan