Proton Tidak Rugi - Tun Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Prestasi kewangan Proton Holdings Bhd dijangka bertambah baik di dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas selesai melaksanakan eksersais penstrukturan semula bahagian kereta sportnya, Lotus Group International Ltd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

"Proton tak rugi, dia untung, tapi keuntungan proton kurang kerana kerugian lotus." "Sebelum kita dapat menstruktur semula, tentu ada kerugian," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Penasihat Proton kepada pemberita pada Forum Bioteknologi 2011 di sini, Isnin.

Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan kerugian pracukai RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM82.958 juta pada suku yang sama sebelum ini yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan semula dan perbelanjaan penstrukturan semula yang dialami oleh bahagian kereta sportnya.

Perolehan bagi suku itu merosot kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion.

Syarikat itu melaporkan kemerosotan keuntungan yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan yang lebih tinggi serta perbelanjaan penstrukturan semula yang ditanggung oleh Lotus Group.

Sebagai sebahagian daripada pelan transformasi bagi memulihkan Lotus, kumpulan itu mulai melabur dalam rasionalisasi rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan bagi melaksanakan pelan perniagaan lima tahun itu.

Kumpulan itu mengalami jumlah jualan domestik lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan promosi dan pemasaran oleh satu anak syarikat utama semasa suku ketiga. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan