PRK Merlimau: Penyokong Umno Melayu Subsidi - PAS

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Akibat semakin kalut dengan momentum sokongan Melayu kepada Umno, PAS pada Isnin melabelkan penyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai 'Melayu subsidi' yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Malah tidak cukup dengan itu, peneroka Felda yang turut bersama-sama Umno digelar sebagai golongan `stok penimbal' dan `simpanan tetap' tonggak BN.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman turut menuduh para pemimpin UMNO sebagai orang yang suka melihat orang Melayu mengemis dan jahil.

"Kebanyakan Melayu di bandar yang berjawatan tinggi tidak lagi menyokong UMNO, jadi sebab itu UMNO mula beralih ke PPRT dan Felda.

"Melayu (ini) menjadi simpanan tetap UMNO dan stok penimbalnya ialah peneroka Felda," katanya pada sidang akhbar di bilik gerakan PAS Taman Muhibbah di sini.

Sementara itu, Abdul Halim mengumumkan tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' bagi merakamkan perlakuan rasuah membabitkan calon dan jentera BN menjelang hari pengundian Ahad ini.

Katanya, skuad yang ditubuhkan sejak semalam yang dianggotai ahli parti itu akan bergerak menyertai kempen BN.

"Skuad Kamera ini kita gerakkan 24 jam, apa saja UMNO (BN) masuk, kita ambil gambar... kalau rasuah pun kita ambil gambar sebagai bukti kepada BN ini main kotor.

"Kita akan ikut kempen BN ini rumah ke rumah yang diadakan. Kita nak siarkan melalui sebaran akhbar Harakah dan sebagainya," katanya.

Ditanya mengapa mendedahkan strategi itu sekiranya mahu merakamkan kegiatan rasuah, Abdul Halim menjelaskan, ia supaya jentera BN lebih bersedia dan tidak melakukan jenayah berkenaan.

"Kita jangka, semua ini (rasuah) akan lebih banyak berlaku bila hari mengundi semakin dekat dan sebab itu kita menyediakan `skuad kamera' ini 24 jam," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan