Peneroka Dapat Wang SES - PM

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JENGKA: Kerajaan bersetuju memberikan pertimbangan khas berhubung pembayaran balik wang potongan bantuan tanam semula getah (SES) kepada 7,800 peneroka yang melibatkan 28 Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, peneroka diberi tiga pilihan berhubung pembayaran balik wang SES berkenaan.

"Berdasarkan kepada rayuan yang dibuat oleh mereka, maka setelah berbincang mengenai perkara ini, kita ambil keputusan untuk beri mereka tiga pilihan.

"Pada masa ini memang tak ada bayaran SES yang kita beri kepada mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi Felda Jengka 25, di sini, Ahad.

Menurut Perdana Menteri, tiga pilihan berkenaan ialah pertamanya peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan.

Sementara pilihan kedua ialah peneroka akan mendapat separuh iaitu sebanyak RM6,500 manakala jumlah BK ialah RM500 sebulan.

"Kalau mereka tak nak tuntut apa-apa, mereka hanya bayar balik BK mereka RM400. Saya fikir inilah bentuk penyelesaian yang sebaik-baiknya. Kita serah kepada peneroka untuk buat keputusan," katanya.

Kutipan wang SES diurus oleh Risda melalui jualan hasil getah. Ia digunakan untuk membiayai kos pembangunan tanam semula yang didahulukan oleh Felda, sama ada tanaman dari getah ke getah atau getah ke sawit.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan