Kurang Sokongan Terhadap Demonstrasi Hindraf Petanda Baik - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Demonstrasi Hindraf yang tidak mendapat sambutan ramai semalam, merupakan satu petanda baik sokongan masyarakat India kepada kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demonstrasi anjuran kumpulan tidak berdaftar itu tidak sepatutnya diadakan, namun beliau berpuas hati kerana ianya tidak mendapat sambutan dan langkah wajar yang telah diambil pihak keselamatan.

Majoriti masyarakat India adalah rasional dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Hindraf adalah bercanggah dengan kepentingan mereka, jadi sebab itu mereka tidak sokong.

"Majoriti masyarakat India tahu tentang apa yang berlaku dan mereka mengharapkan sokongan kerajaan.

"Mereka telah balik semula melihat BN (Barisan Nasional) lah yang boleh membela nasib mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat sini, Isnin.

Semalam, polis menahan 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) kerana berdemonstrasi secara haram di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu, Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan membatalkan novel "Interlok" daripada dijadikan buku teks.

Muhyiddin dalam lawatan kerja sehari sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau yang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pilihan raya kecil pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Roslan Ahmad, 44 dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Muhyiddin berkata walaupun kumpulan itu pernah membuat demonstrasi seperti itu sebelum pilihan raya umum 2008, ianya gagal mempengaruhi pemikiran masyarakat India.

"Jadi dia (Hindraf) nak membuat situasi seolah-olah negara ini tidak aman dan mereka telah berjuang untuk rakyat, tapi jelas terbukti tidak mendapat sokongan," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian telah pun mengambil inisiatif yang dipersetujui berkaitan novel 'Interlok'. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan