Kumpulan Pertama 98 Rakyat Malaysia Tiba Dari Libya

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 98 orang tiba dari Libya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pagi Isnin.

Mereka tiba pada 6.25 pagi menerusi pesawat komersial Penerbangan Malaysia (MAS) MH 015.

Yang turut menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.

Rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air ekoran krisis yang sedang berlaku di Libya.

Riot kemudiannya memberitahu pemberita dua orang daripada kumpulan tersebut adalah pelajar yang menuntut di Universiti Dakwah Islamiah Libya, enam orang pegawai kedutaan dan selebihnya para pekerja di Libya.

Kementerian Luar masih belum dapat mengesan tiga lagi rakyat Malaysia yang bekerja di Libya, katanya.

"Kita dalam usaha mencari dan menghubungi mereka. Kita tidak dapat mencari lokasi mereka sekarang. Kita tahu bahawa mereka masih berada di Libya berdasarkan laporan yang diberikan oleh ahli keluarga mereka. Tetapi di mana mereka berada, kita masih tidak tahu," katanya.

Riot berkata kumpulan kedua yang terdiri daripada 32 rakyat Malaysia yang kini berada di Rome, Itali akan tiba Rabu ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan