Kolej TAR Layak Diberi Taraf Universiti - Chee Hueng

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) yang beroperasi sejak 40 tahun, layak diberi penarafan universiti bagi membolehkan institusi itu menawarkan kursus pengajian di peringkat ijazah berbanding kini pengajian diploma, kata Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata graduan institusi tersebut terutamanya dalam bidang perakaunan telah terbukti memenuhi keperluan industri bukan sahaja dalam negara, malah turut diterima dan diperakui di luar negara.

"Selepas 40 tahun Kolej TAR masih kekal cemerlang dalam kualitinya memberikan latihan kepada pelajar di mana ketika ini graduan kolej itu yang diambil bekerja masih mengekalkan rekod cemerlang, sama sepertimana dahulu dan tiada keraguan mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penganugerahan ACCA Platinum Status kepada Kolej TAR di sini, Isnin. Anugerah disampaikan kepada Pengetua kolej itu Dr Tan Chik Heok oleh Pengarah Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) Asia Pasifik May Law.

Chor berkata, kolej itu perlu diberikan peluang kerana tenaga kerjanya mempunyai kualiti serta kelayakan untuk menawarkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Kolej TAR kini mempunyai lima kampus cawangan, masing-masing satu di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah dan setakat ini telah melahirkan lebih 140,000 graduan dalam pelbagai bidang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan