Kempen rumah ke rumah beri kelebihan kepada BN

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMALAM merupakan hari kedua calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad ke sana ke mari untuk berkempen menjelang hari pemilihan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Seluruh ceruk Merlimau perlu dilawati bagi menemui pengundi-pengundi tanpa mengira kaum dan agama.

Jika pada Sabtu beliau berjaga sehingga pukul 3 pagi bagi menemui setiap pengundi namun lima jam kemudian beliau memulakan langkah kempen dengan bergotong-royong di Kampung Merlimau Barat sebelum ke Taman Merlimau Baru bersama pelajar Kolej Vokasional Beranang juga untuk tujuan yang sama.

Jadualnya sememangnya padat dari awal pagi hingga melepasi lewat malam. Itu adalah rutin baginya sepanjang tempoh berkempen sehinggalah mejelang hari pemilihan pada 6 Mac ini.

Calon wakil rakyat BN itu mengharungi terik mentari sepanjang hari ini bagi bertemu rakyat di kawasan ini.

"Setakat ini alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan bersyukurlah dengan meklum balas yang diberikan orang ramai setakat hari ini dan semalam," kata Roslan ketika ditemui di Pasar Tani Mega Merlimau.

PRK DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Terdapat 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos di DUN Merlimau dengan pengundi Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).

Sementara calon Pas, Yuhaizad Abdullah, beliau turut berkempen bersungguh-sungguh bagi memastikan parti pembangkang mendapat tempat di hati pengundi kawasan yang terkenal sebagai kubu kuat BN.

Banyak yang perlu dilakukannya bagi meyakinkan rakyat Merlimau supaya memilih PAS sebagai wakil mereka di DUN Melaka.

Kawasan-kawasan yang dilawati ialah kawasan-kawasan perumahan di sekitar Merlimau Pasir selain hadir pada siri ceramah umum yang diadakan pada malam harinya.

Antara yang diungkapkan oleh bakal-bakal wakil rakyat tersebut ialah berjanji akan sentiasa bersama rakyat selain cuba menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya.

Itu sememangnya adalah tugas wajib mereka yang perlu dilaksanakan oleh setiap wakil rakyat yang dipilih.

Jika dilihat pada trend kempen sekarang, mana-mana parti yang bertanding tiada pilihan melainkan berkempen dari rumah ke rumah dan calon menemui sendiri pengundi bagi memperkenalkan diri masing-masing.

Itulah juga yang dilakukan Roslan, 44, dan Yuhaizad, 38, di Merlimau.

Kaedah pintu ke pintu kini adalah cara paling berkesan bagi membolehkan pengundi melihat sendiri lebih dekat dan beramah mesra dengan calon-calon yang bertanding.

Dapat bertentang mata dengan calon juga mampu menilai sejauh manakah keikhlasan mereka bertanding dan mendengar sendiri janji-janji perkhidmatan yang bakal mereka 'sajikan'jika dipilih sebagai wakil rakyat kelak.

Mengulas mengenai kaedah kempen itu, penganalisis politik, Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, kaedah bertemu muka dengan pengundi adalah cara paling baik dilakukan oleh bakal wakil rakyat.

"Cara ini lebih berkesan dengan calon menuju ke setiap rumah pengundi bagi memperkenalkan diri mereka," jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, trend berceramah ketika ini tidaklagi berkesan kerana kebiasaannya yang meramaikan majlis sehingga ribuan orang ialah orang luar, bukan pengundi kawasan terbabit.

Kerana itulah, parti-parti yang bertanding perlu bergerak secara agresif bagi memastikan calon-calon mereka sampai ke muka pintu -kalau boleh, setiap pengundi terlibat.

Bagaimanapun BN memiliki kelebihan dalam kaedah kempen seperti itu kerana parti itu yang memerintah di negeri ini. Sebagai kerajaan negeri, banyak yang telah dilakukan dan yang boleh ditawarkan lagi kepada pengundi kali ini berbanding PAS.

"Sebenarnya BN ada banyak kelebihan kerana mereka adalah kerajaan jika calonnya berkempen dari rumah ke rumah. Itu faktor utama yang kita tidak boleh nafikan.

"Banyak janji dan sumbangan yang dapat dilakukan semasa kempen cara ini," kata Ahmad Nidzammuddin yang juga Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dijangkakan kempen rancak akan terus dilakukan sehinggalah tepat jam 12 malam pada 5 Mac ini yang menandakan tamat tempoh berkempen.

BN dan PAS masing-masing sudah pastinya telah merancang yang terbaik untuk jentera pilihan raya mereka bagi memastikan kejayaan dicapai selepas pengumuman siapakan wakil rakyat baru bagi N. 27 ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan