Kelab Putera 1Malaysia Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke NZ

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar misi bantuan ke Christchurch, New Zealand, pada Selasa, bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas dalam kejadian gempa bumi di negara berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, seramai 30 anggota kelab itu termasuk 10 pegawai perubatan dan petugas media akan dihantar ke kawasan kediaman rakyat Malaysia di bandar raya itu.

Pasukan misi bantuan itu akan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan selimut seberat lima tan, katanya kepada pemberita selepas menemui Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Brian Smythe, di sini, Isnin.

Katanya, pasukan sukarelawan itu juga akan melakukan gotong-royong bagi membersih dan membaik pulih rumah rakyat Malaysia yang rosak sepanjang berada di sana selama seminggu.

Pasukan itu akan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1 tengah hari esok menerusi penerbangan MAS ke Bangkok sebelum menaiki pesawat Emirates ke Christchurch.

Terdapat 636 rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar di Christchurch.

Sebelum ini, Kelab Putera 1Malaysia telah menghantar misi bantuan yang sama kepada mangsa banjir di Brisbane, Australia, bulan lepas.

Seramai 148 orang terbunuh manakala 300 lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter itu, Selasa lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan