Demonstrasi: Polis Bebas 101 Orang - Berita Semasa | mStar

Demonstrasi: Polis Bebas 101 Orang

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 101 orang, yang ditahan polis kerana menyertai demonstrasi haram membantah novel 'Interlok' di sini, pada Ahad, telah dibebaskan secara berperingkat.

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman, berkata mereka dibebaskan setelah pihak polis selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.

Bagaimanapun, katanya siasatan ke atas lapan orang lagi, dipercayai pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP), masih diteruskan.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan siasatan dan akan membebaskan mereka sebaik sahaja siasatan selesai," katanya dalam kenyataan.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan antara 18 dan 66 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu di sini sejak 8 pagi tadi.- BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan