15,000 Pembantu Am Pejabat Tunggu Naik Pangkat

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seramai 15,000 Pembantu Am Pejabat (PAP) di seluruh negara sedang menunggu untuk dinaikkan pangkat dan gaji yang permohonan mereka telah pun dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, memorandam telah dihantar ke JPA enam bulan lalu dan pihaknya sedang menunggu kelulusan permohonan yang dijangka diketahui seawal 1 Mei ini.

"Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji dan menyeleras semula sistem penggredan sedia ada agar bersesuaian dengan taraf pendidikan penjawat jawatan ini yang sebelum ini hanya memerlukan kelulusan rendah di peringkat Penilaian Menengah Rendah berbanding kini yang memerlukan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia selain diploma dan ijazah," katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis taklimat kepada anggota Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia cawangan negeri Perak.

Omar berkata, sekiranya permohonan itu diluluskan, ia akan meningkatkan semangat penjawat jawatan berkenaan untuk bekerja lebih keras.

"Mereka yang menjawat jawatan ini merupakan nadi yang menggerakkan sesuatu tugas di pejabat. Justeru itu, apabila adanya keselarasan (jawatan), ia secara langsung bakal meningkatkan motivasi setiap pekerja," katanya.

Beliau berkata, Cuepacs turut bercadang menukarkan gelaran jawatan Pembantu Am Pejabat kepada yang lebih sesuai.

Tugas Pembantu Am Pejabat kini tidak hanya tertumpu kepada pentadbiran pejabat semata-mata malah meliputi pelbagai tugasan lain di luar pejabat seperti di makmal dan bengkel, tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan