Pemimpin Hindraf Salah Guna Kepercayaan Dengan Heret Penyokong: Kayveas

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan dengan menyeret penyokong mereka untuk berdemonstrasi secara haram bagi membantah novel 'Interlok' di Kuala Lumpur pada Ahad.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas berkata tindakan kumpulan itu hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan dua atau tiga pemimpin kanan dalam pertubuhan itu.

Beliau berkata tindakan demonstrasi bukan cara untuk mengubah atau meminda sesuatu isu tetapi sebaliknya ianya mesti dilakukan menerusi saluran yang betul dan mengikut peraturan undang-undang negara.

"Tiada siapa terkecuali di sisi undang-undang, lebih-lebih lagi Hindraf pada ketika ini telah diharamkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di pejabat PPP Melaka di Ayer Keroh, di sini.

Beliau berkata demikan ketika diminta mengulas tindakan polis menahan 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan HRP kerana berdemonstrasi secara haram di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu, Kuala Lumpur, sejak 8 pagi tadi.

Kayveas berkata kerajaan telah menubuhkan sebuah panel bebas untuk mengkaji pindaan novel itu yang akan mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam masa terdekat.

Mengikut laporan media, polis telah membebaskan 101 orang yang ditahan selepas disoal siasat manakala siasatan lanjut masih dijalankan terhadap lapan lagi dipercayai pemimpin dan penganjur demonstrasi itu.

Mengenai mesyurat itu, Kayveas berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerima pindaan supaya tidak lagi tertulis perkataan PPP di bintang pada logo parti itu.

"Perkataan PPP pada bintang dikeluarkan sebagaimana mengikut syarat yang ditetapkan oleh ROS dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Katanya perhimpunan agung parti itu akan diadakan pada 26 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya PPP juga akan menubuhkan sebuah cawangan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diketuai oleh seorang pengerusi dan dibantu oleh tiga naib pengerusi.

PPP, yang diasaskan pada 1953, kini mempunyai lebih 500,000 ahli di seluruh negara.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan