Kerajaan Selangor Dedah Laporan Kewangan GLC Sidang Dun Mac Ini: MB

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor akan mendedahkan laporan kedudukan kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadual berlangsung Mac ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menerangkan kedudukan sebenar kewangan GLC untuk tahun semasa dan cara akaun dibuat kepada setiap wakil rakyat pada persidangan itu.

"Saya akan dedahkan akaun GLC negeri (secara berperingkat) bermula persidangan DUN bulan Mac. Standard (laporan kewangan) serupa macam di PNB (Permodalan Nasional Berhad) dulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karate di sini pada Sabtu.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus yang menggesa Menteri Besar mendedahkan pendapatan, perbelanjaan serta tanggungan hutang sebenar GLC negeri setakat ini kepada rakyat.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi melihat aliran dan prestasi kewangan serta nilai pertumbuhan pelaburan yang dicapai sejak pakatan pembangkang ambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Katanya mengikut prosedur, penyata kewangan GLC negeri Selangor mesti disiap dan diaudit dalam tempoh enam bulan selepas tahun berakhir 31 Disember.

Beliau juga mendakwa terdapat laporan kewangan GLC negeri itu yang tidak dikemas kini selama lima tahun sewaktu pentadbiran terdahulu.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan