Kerajaan Lulus Kemasukan 45,000 Pekerja Asing

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada Ahad.

Beliau berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini.

Subramaniam berkata, pekerja itu akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan itu yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.

Wisma Primas enam tingkat di Jalan Dato' Haji Eusoff di sini, telah diubahsuai dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana yang menelan kos RM3 juta.

Selain menjadi pusat pengurusan untuk pembangunan persatuan itu, wisma tersebut turut menempatkan Pusat Latihan Kemahiran Primas untuk melatih pekerja-pekerja restoran dari persatuan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan