Harga Barangan Di DUN Merlimau, DUN Kerdau Terkawal

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Harga barangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau, yang sedang berdepan pilihan raya kecil, masih terkawal.

Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata, kementeriannya akan sentiasa memantau keadaan harga barangan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkannya sesuka hati.

"Ada beberapa aduan yang diterima mengenai perkara ini di Merlimau, namun ia bukan disebabkan pilihan raya tetapi kerana fenomena biasa yang berlaku di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas sesi ceramah isu harga barangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Merlimau, di sini, Ahad.

Beliau turut mengingatkan parti-parti pembangkang agar tidak menggunakan isu kenaikan harga barangan sebagai salah satu taktik memancing undi pada musim pilihan raya.

Katanya, pembangkang sepatutnya memberi penjelasan sebenar di sebalik kenaikan harga makanan dan komoditi.

Jelas Tan, kenaikan harga barangan pada masa ini merupakan fenomena dunia serta masalah pergolakan politik di beberapa buah negara seperti Libya yang merupakan antara negara pembekal minyak utama dunia.

"Bila fakta-fakta ini diseleweng, kita bimbang akan berlaku pergolakan politik di negara ini dan rakyat yang akan menanggung bebannya (kenaikan harga barangan)," katanya.

Justeru, katanya rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan kestabilan politik negara ini terjamin dan memelihara perpaduan sedia ada.

"...yang penting, pengguna perlu bijak berbelanja supaya satu hari nanti mereka yang akan tentukan harga dalam pasaran dan bukannya peniaga. Kita mahu kuasa ada di tangan pengguna," katanya sambil menambah bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha mengadakan stok-stok penimbal barangan makanan sebagai bekalan jika berlaku krisis makanan.

Namun, katanya KPDNKK yang bertanggungjawab ke atas harga barangan akan sama-sama memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan