Fama Buka 30 Pasar Tani Baru Libatkan 2,100 Peserta Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membuka 30 buah pasar tani baru melibatkan 2,100 peserta dengan sasaran jualan sebanyak RM611 juta pada tahun ini.

Pengerusi Fama, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata, sehingga Januari lepas, terdapat 449 buah pasar tani di seluruh negara dengan nilai jualan lebih RM500 juta.

"Fama bersedia untuk menambah bilangan pasar tani dan peserta yang terlibat semata-mata untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Merlimau di Merlimau dekat sini, Ahad.

Badruddin berkata, pasar tani menjadi pilihan pengguna kerana menyediakan pelbagai barang keperluan pengguna seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil laut segar yang dijual pada harga berpatutan.

Beliau berkata, di Melaka terdapat 15 buah pasar tani melibatkan 761 peserta berbilang kaum dengan nilai jualan RM8.85 juta pada tahun lepas.

Pada tahun ini, Fama merancang membuka tiga lagi pasar tani di daerah Melaka Tengah iaitu di Bukit Piatu, Klebang dan Pulau Samak, katanya.

Seorang pengunjung Pasar Tani Merlimau, Mah Enjah, 58, berkata pasar tani menjadi pilihannya kerana menjual pelbagai barangan keperluan harian dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, dijual pada harga berpatutan.

"Pasar Tani ini terletak berdekatan rumah saya, mudah untuk saya datang ke sini, lagi pun ia dibuka di sebelah pagi, tak lah (cuaca) panas sangat," katanya yang datang bersama suaminya Jamil Pendek, 67, dengan menaiki motosikal.

Seorang peniaga, M.Munisamy, 54, berkata beliau sudah 20 tahun berniaga di pasar tani tersebut dengan pendapatan yang agak baik memandangkan kedudukan pasar tani di tengah pekan Merlimau yang mudah dikunjungi orang ramai.

"Saya amat gembira dapat berniaga di sini, terima kasih kepada Fama dan orang ramai yang terus memberi sokongan kepada perniagaan barangan runcit saya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan