PRK Merlimau: PAS Tegaskan Tidak Serang Peribadi Lawan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemimpin Pakatan Rakyat (dari kiri) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Nasarudin Md Isa, calon PAS Yuhaizad Abdullah dan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau di Jasin, Sabtu. Yuhaizad, 38, akan ditentang oleh Roslan Ahmad, 44, dari Barisan Nasional (BN) pada 6 Mac ini setelah kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung. - Foto BERNAMA

JASIN: PAS menegaskan bahawa jentera parti itu tidak akan menyerang peribadi lawan sepanjang kempen pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Merlimau yang bermula Sabtu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak sesekali akan menggunakan taktik kotor berkenaan bagi menjatuhkan calon BArisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.

"Pertama kita tidak akan sebut soal peribadi, sebab dari segi pilihan raya itu bukan cara kita tetapi kita tengoklah jika mereka main dulu," katanya kepada pemberita semasa proses penamaan calon DUN Merlimau di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, di sini Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Mac ini sebagai hari pengundian.

Isu serangan peribadi menjadi kontroversi sejak beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Terkini di Kerdau, calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dituduh gagal menghabiskan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bagaimanapun PAS menafikan pihaknya terbabit dengan perbuatan itu sebaliknya dicetuskan oleh blogger tertentu.

Pada PRK DUN Tenang, calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim menjadi mangsa taktik Pas yang memutarbelitkan fakta kes mahkamah sewaktu beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) Segamat yang menuduh bekas ADO itu menganiaya seorang lelaki pada tahun 2003 sehingga menyebabkan tanah milik lelaki tersebut terpaksa dilelong.

Pas melalui Pengarah Operasi Pilihan Raya DUN Tenang, Dzulkefly Ahmad dikatakan membuat dakwaan dengan tujuan membunuh karakter Mohd. Azahar dengan menggambarkan beliau sebagai bekas ADO zalim sedangkan hakikat sebenar pemilik tanah tersebut yang gagal menjelaskan hutang kepada CIMB Bank selama lebih setahun.

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya Mohd. Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan