PM Dan TPM Turun Padang Temui Rakyat Mulai Bulan Depan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan program turun padang di setiap negeri mulai bulan depan bertujuan mendekati rakyat.

Mengumumkan demikian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Perlaksanaan program itu berkata, sebagai permulaan, kedua-dua pemimpin negara itu akan mengunjungi Sarawak.

"Selepas Sarawak, kedua-dua mereka akan berada di dua negeri secara berasingan setiap bulan.

"Mereka akan berada dua hari satu malam dan akan menjurus kepada mendekati orang ramai dan memahami masalah dan mendengar rintihan yang ada," kata Hishammuddin ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di sini, Sabtu.

Beliau berkata, semua negeri dijangka akan dilawati sehingga menjelang September depan dan akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan