Kumpulan Pertama Rakyat Malaysia Tiba Dari Libya Isnin Ini

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Libya dijangka tiba di tanah air pada pukul 6.50 pagi Isnin ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mereka yang terdiri daripada 92 orang dijadual berlepas dari Rom, Itali pada pukul 12.20 tengah hari esok melalui pesawat komersial Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH015.

Kumpulan kedua seramai 38 orang pula dijadual berlepas pada pukul 12.20 tengah hari Selasa dan tiba di tanah air pada pukul 6.50 pagi keesokannya, kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, Sabtu.

Beliau berkata seramai 130 rakyat Malaysia yang sebelum ini berada di Tunisia setelah terkandas di Tripoli, Libya, tiba di Rom melalui pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia pada 10.40 malam waktu tempatan.

Kementerian akan terus memantau perkembangan semasa keselamatan di Libya dan akan terus memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beberapa rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di sana, katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudden Abd Wahab ketika dihubungi berkata semua rakyat Malaysia yaang dikeluarkan dari negara bergolak itu berada dalam keadaan baik.

"Memandangkan mereka semua adalah golongan dewasa yang telah bekerja, mereka harus membayar sendiri tiket penerbangan pulang," katanya.

Pergolakan di Libya bertukar ganas bermula minggu lepas selepas rakyatnya mengadakan tunjuk perasaan menuntut pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan