Kronologi Penamaan Calon DUN Merlimau

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44 (kanan) bersama calon PAS, Yuhaizat Abdullah, 38, melambai ke arah jurugambar selepas menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau, Melaka, Sabtu. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 6 Mac ini setelah kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. -Foto BERNAMA

BERIKUT kronologi penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung di Politeknik Merlimau pada Sabtu:

10 pagi: Tempoh penyerahan borang pencalonan tamat. Pengurus Pilihan Raya DUN Melimau, Roslan Eusoff mengumumkan masa bantahan sehingga pukul 11 pagi.

Borang calon BN, Roslan dan calon PAS, Yuhaizad dipamerkan sepanjang tempoh bantahan.

9.05 pagi: Yuhaizad memasuki Dewan Platinum untuk menyerahkan borang pencalonan diikuti calon BN, Roslan Ahmad. Turut mengiringi Roslan termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Gerakan, Tan Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha

9 Pagi: Calon Pas, Yuhaizad Abdullah memasuki Pusat Penamaan Calon diiringi Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Isa, Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Rahman dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

8.45 pagi: Penyokong Pas mula berarak ke Pusat Penamaan Calon.

8.30 pagi: Penyokong BN mula berarak ke Pusat Penamaan Calon.

7 pagi: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberi taklimat kepada penyokong-penyokong BN.

6 pagi: Penyokong kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) dan Pas mula berkumpul berhampiran Pusat Penamaan Calon di Politeknik Merlimau.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan