Kilang Buat Sarung Tangan Getah Terbakar, Tiga Pekerja Melecur - Berita Semasa | mStar

Kilang Buat Sarung Tangan Getah Terbakar, Tiga Pekerja Melecur

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Batu Belah, Meru di sini hangus dalam kebakaran pagi Sabtu, dan menyebabkan tiga pekerjanya yang tinggal di asrama dalam kawasan kilang melecur.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata lima jentera bomba iaitu masing-masing dari Balai Bomba Klang Utara, Klang Selatan, Andalas, Pelabuhan Klang dan Shah Alam berada di lokasi bagi memadamkan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 7 pagi tadi.

Beliau berkata setakat 4 petang tadi, pihak bomba dan penyelamat masih berusaha memadamkan kebakaran itu.

"Kita masih belum dapat kenal pasti punca kejadian kerana ketika ini usaha memadamkan kebakaran masih giat dijalankan.

"Setakat ini, kita dimaklumkan tiga mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan ke kilang berusia 10 tahun itu mendapati kepulan asap hitam tebal dapat dilihat kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Seorang anggota bomba bertugas berkata api masih marak dan mengambil masa lama untuk dipadamkan.

Beberapa kenderaan penyiasat kebakaran juga dilihat memasuki kawasan kejadian tengah hari tadi.

Sementara itu, seorang pekerja kilang itu Salman, 38, dari Bangladesh berkata beliau dan beberapa rakannya sedang bersiap untuk mula bertugas sebelum terdengar satu bunyi letupan.

Menurutnya apabila melihat api mula marak, beliau dan rakan-rakannya menyelamatkan diri di kawasan lapang perumahan di bahagian belakang kilang itu.

Rakannya, Vivek, 35, dari Vietnam berkata beliau terkejut apabila dikejutkan rakan serumahnya berikutan kebakaran itu.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan