Ketua Polis Negara Pantau Kumpulan Hindraf

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk memantau secara peribadi dan mengambil tindakan tegas jika kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) mencetuskan kekecohan di negara ini.

"Saya telah minta Ketua Polis Negara memantau dan mengambil tindakan secara langsung...beliau akan bertanggungjawab untuk pastikan gerakan haram ini tidak menjejaskan keadaan dan suasana," kata Hishammuddin ketika ditemui selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindraf bagi memastikan pertubuhan haram itu tidak muncul kembali.

Hindraf dilapor merancang mengadakan perarakan raksasa di ibu negara esok dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hingga ke Jalan Dang Wangi.

Hishammuddin berkata, Hindraf dilihat cuba mewujudkan suasana seperti di negara Timur Tengah namun ia tidak mendapat sambutan orang ramai.

"Kita tahu niat dan hasrat mereka, kita tahu ada pihak-pihak tertentu yang nak cuba membawa sentimen yang kita lihat berlaku di Timur Tengah ke sini, tetapi keadaan di sini berbeza dan tidak menjurus ke arah itu," katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang masih berdegil untuk menyertai perhimpunan haram itu esok. Beliau berkata perhimpunan itu tidak mendapat permit polis.

Katanya perhimpunan itu akan memberi kesan buruk terutamanya dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam terutama apabila kawasan berkenaan menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu.

"Kepada pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini, saya ingatkan janganlah diadakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan tapak Surau Baitul Rahman di Taman Perumahan Aman Perdana di Klang. Terdahulu, dalam ucapannya Ismail berkata ancaman seperti hasutan dan tuntutan tertentu yang melampau memberi kesan tidak baik dan boleh menggugat ketenteraman awam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan