Gagal Tamat Pengajian: Calon BN Tunjuk Bukti

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Selepas hampir seminggu dituduh gagal menamatkan pengajian di Mesir, calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad akhirnya tampil menunjukkan sijil asal Ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya daripada Universiti Al-Azhar pada 1997.

Bagaimanapun Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau itu berkata, tindakannya menunjukkan sijil berkenaan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar menjernihkan keadaan.

"Saya tak suka untuk menunjukkan sijil ini, tapi atas pemintaan ramai serta kawan-kawan, dengan rasa rendah hati bukan untuk meninggi diri.

"Selama hampir seminggu saya bertahan, saya buktikan bahawa Al-Azhar telah berikan sijil dan pengiktirafan kepada pembelajaran saya dengan jayanya di sana," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya proses penamaan calon di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini, Sabtu.

Sebelum ini terdapat laporan menerusi blog yang mendakwa bahawa Syed Ibrahim gagal menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

Penyiaran laporan berkenaan dilihat sebagai satu bentuk serangan peribadi bagi mengelirukan rakyat terhadap kredibiliti calon BN itu.

Ditanya sama ada beliau terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana cuba mempertikaikan kelayakannya, Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang itu berkata: "Saya tak kesal atau terkilan, cuma berdoa kepada Allah semoga tabiat seumpama ini pada diri umat Islam yang mungkin ada, agar dibersihkan hati dan jiwa mereka dan di bawa ke jalan yang benar."

Selain itu Syed Ibrahim juga berharap pengundi di DUN Kerdau memberi kepercayaan kepadanya dan BN untuk berkhidmat di kawasan berkenaan.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara BN dan PAS.

Syed Ibrahim menerima tentangan daripada Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan