Tidak Yakin Dengan DAP, PAS Mahu Rampas DUN Merlimau - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: PAS bersungguh-sungguh mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kerana tidak percaya dengan keupayaan DAP untuk membawa suara Islam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menegaskan, pembangkang sepatutnya boleh menggunakan wakil DAP dalam Sidang DUN yang juga rakan sekutu PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya hairan PAS beria-ria mahukan kerusi di Melaka. Kawan sepermainan PAS ialah DAP jadi gunakanlah DAP hendak suarakan apa sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Penerangan anjuran Biro Penerangan Umno Terengganu, di sini, Jumaat.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana MENTERI mengulas kenyataan pemimpin PAS yang mahukan kemenangan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau kerana mahu suara membabitkan Islam dan orang Melayu didengar pada Sidang DUN Melaka.

Dalam pada itu, Ahmad mencadangkan supaya PAS keluar dari pakatan pembangkang jika sudah tidak mempercayai kemampuan parti sekutunya memperjuangkan agenda Islamnya.

"Tetapi isu itu tidak sepatutnya timbul kerana PAS pernah menguar-uarkan untuk mengajar DAP mengenai agama Islam," ujarnya.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 23 daripadanya dimiliki Barisan Nasional (BN) manakala lima lagi diwakili DAP.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, yang mewakili BN meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok adalah hari penamaan calon, manakala pengundian pula pada 6 Mac ini.

Sementara itu, Ahmad berkata program Juara Rakyat akan diteruskan dengan penambahan aktiviti ceramah yang boleh diadakan mengikut kreativiti Umno bahagian sama ada dalam bentuk ceramah berkelompok, dialog, forum atau pidato.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan