PRK Merlimau: Roslan Bukan Cabaran - PAS

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: PAS tidak menganggap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad, 44, sebagai cabaran besar bagi parti pembangkang itu untuk merampas kerusi berkenaan pada 6 Mac ini.

Sebaliknya, PAS yakin calon mereka iaitu Yuhaizad Abdullah, 38, memiliki kelebihan tersendiri selain merupakan anak tempatan yang mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkesan.

Pengarah Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masing-masing ada kekuatan tersendiri yang dapat diketahui pada hari pemilihan nanti.

"Ia bukan satu cabaran bagi kami meskipun calon BN adalah keluarga ahli politik popular di sini.

"Kami juga tidak menganggap Merlimau sebagai kubu kuat UMNO kerana pengalaman PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12, kita berjaya mengurangkan hampir 3,000 undi BN. Tiada istilah kubu kuat BN atau Umno dalam mana-mana proses pilihan raya kecil.

"Kalau kubu kuat boleh hilang sampai 3,000, saya rasa tiada masalah untuk mengurangkan lagi pada PRK ini," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS, di sini, Jumaat.

PAS mempertaruhkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad manakala BN mencalonkan Roslan yang juga anak bekas ADUN Sungai Rambai dan Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan