PRK Kerdau: Isu Calon BN Tak Tamat Pengajian Bukan Mainan Pas

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: PAS tidak bertanggungjawab berhubung serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad bahawa kononnya beliau gagal menamatkan pengajian di Mesir.

Sebaliknya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tuduhan berkenaan kemungkinan dicetuskan melalui blog-blog politik yang tidak mewakili parti itu.

"Saya ingin jelaskan bahawa tidak ada sebarang kenyataan daripada PAS dan kami tak pernah mengeluarkan kenyataan yang menuduh calon tersebut... gagal atau tidak, bagi kami itu dia punya fasal.

"Mungkin yang menimbulkan isu in dikalangan blog-blog yang bukan daripada PAS atau pimpinan PAS," katanya pada sidang media di markas induk parti itu di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang kesal dengan tindakan PAS mempertikaikan kelayakan akademik calon BN bagi meraih sokongan rakyat.

Menurut Adnan, Syed Ibrahim berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Kerdau berkata, kini hak untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan terletak di tangan calon BN itu sendiri.

Menurutnya rakyat mula tertanya-tanya mengenai kesahihan isu yang dibangkitkan itu.

"Cuma yang penting bagi kami ialah calon tersebut perlu bercakap jujur kerana hingga kini rakyat tertanya-tanya sama ada beliau lulus atau sebaliknya, itu hak calon BN untuk jelaskan.

"Walaupun Menteri Besar sudah buat kenyataan bahawa beliau sudah tengok sijil, tapi tak dinyatakan sijil apa yang beliau tengok," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengulangi komitmen yang dijanjikan PAS untuk tidak menggunakan isu peribadi bagi menyerang calon pada pilihan raya kecil ini.

"Bagi PAS kita tidak akan menyerang peribadi calon, itu komitmen kami. PAS tak akan guna isu peribadi," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Syed Ibrahim yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau bakal berhadapan dengan Ketua Penerangan PAS negeri, Hassanuddin Salim.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala esok merupakan hari penamaan calon.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan