Penulis Blog, Bekas Pengurus Besar BERNAMA Antara Dilantik Sebagai Panel SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sembilan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) dan 12 anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menerima watikah pelantikan mereka daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini Jumaat.

Mereka termasuk bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang yang dilantik semula menganggotai PPPR dan penulis blog 'Outsyed The Box' Syed Akbar Ali yang merupakan muka baru panel tersebut.

Berbanding sesi lepas, terdapat pertambahan anggota bagi kedua-dua panel iaitu dua bagi PPO dan seorang bagi PPPR untuk sesi 2011/2013 ini.

Bagi PPPR, terdapat empat lagi muka baru iaitu Pengerusi Media Prima Bhd Datuk Johan Jaaffar, Presiden Universiti Limkokwing Tan Sri Dr Lim Kok Wing, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu dan Timbalan Setiausaha Agung Kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) Profesor Dr Chin Yew Sin.

Anggota lain yang dilantik semula ialah Pengarah Eksekutif/Ketua Pengarang Kumpulan Star Publications (M) Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai, bekas Naib Canselor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill Datuk Dr Ishak Tambi Kechik dan Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.

Juga dilantik semula Felo Utama Insitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Pengerusi Institut Etika Perniagaan Malaysia Dr Zainal Abidin Abdul Majid dan Pengarah Urusan DC & A Group Sdn Bhd Datuk David Chua.

Bagi PPO, semua tujuh anggota panel sesi lalu dilantik semula iaitu bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, bekas Pengerusi Penimbangtara Malaysia Tan Sri Cecil Abraham, Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Anggota Lembaga Audit and Assurance Standards Board (AASB) Institut Akauntan Malaysia Walter Sandosam.

Panel turut dianggotai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Amanah Raya Berhad Datin Aminah Pit Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif IA Group Datuk Dr Hamzah Kassim dan pensyarah dari Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad.

Dua anggota baru PPO ialah Penasihat Khas Bank Negara Malaysia Datuk Zamani Abdul Ghani dan Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata perlantikan kedua-dua anggota panel tersebut adalah selaras dengan Akta SPRM 2009 yang tujuan memberi nasihat kepada institusi itu selain memastikan SPRM sebuah agensi yang benar-benar bebas.

"Kelainan pelantikan pada kali ini khususnya bagi PPPR, ia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kepakaran seperti ahli-ahli akademik dan blogger supaya mereka dapat memberi nasihat termasuk untuk menggunakan media sosial dalam kempen-kempen kita.

"Kita memerlukan kepakaran dan khidmat nasihat mereka untuk memperkasakan aspek pencegahan rasuah di negara ini," katanya.

Peranan PPO adalah kepada bahagian operasi yang mana mereka turut memantau siasatan yang dijalankan SPRM manakala PPPR pula lebih kepada langkah pencegahan rasuah secara menyeluruh, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan