Najib Ingatkan Jentera Umno Tidak Pandang Ringan Cabaran Politik Semasa

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan jentera parti Umno supaya tidak memandang ringan cabaran politik semasa.

Presiden Umno itu berkata jentera parti perlu bersikap lebih proaktif dan serius bagi memastikan kejayaan lebih baik buat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat, beliau berkata adalah penting bagi Umno untuk terus memperkemaskan jentera parti di semua peringkat dan memperbaiki sebarang kelemahan.

Mengenai kedua-dua pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau yang ditetapkan pada 6 Mac ini, Najib berkata jentera parti, termasuk perhubungan negeri dan sayap-sayap parti, telahpun mula memberi tumpuan kepada kerja-kerja memenangi hati dan fikiran pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan.

Perdana Menteri yakin Barisan Nasional (BN) akan mendapat majoriti lebih tinggi pada kedua-dua pilihan raya kecil itu berdasarkan trend positif yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap Umno pada masa ini.

"Kita ambil maklum bahawa keadaan semasa semakin menjurus kepada keyakinan yang bertambah kepada kerajaan dan BN," katanya.

Najib berkata mesyuarat MT itu juga menerima laporan hasil kajian pilihan raya kecil DUN Tenang di Johor yang mencapai kejayaan amat memberangsangkan dengan majoriti diperoleh bertambah hampir 50 peratus walaupun peratus keluar mengundi menunjukkan penurunan.

"Kita percaya majoriti kita sebenarnya mungkin lebih daripada itu sekiranya banjir tidak berlaku dengan secara tiba-tiba," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada bulan lepas menyaksikan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi, menewaskan calon PAS, Normala Sudirman, berbanding majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum Mac 2008.

Ditanya sama ada trend pada masa ini berpihak kepada BN akan memberi petunjuk positif kepada parti komponen itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, Najib berkata: "Kita tidak boleh anggap begitu kerana apa yang berlaku akan datang bergantung kepada situasi pada masa akan datang." - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan