Kerajaan Kekalkan Harga RON95 Dan Diesel, Kata Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.

Disember lepas, harga RON 95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.

Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita.

Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri berkata ia akan dicapai secepat mungkin.

"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya.

Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".

"Mulai 1 Februari, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan.

"Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan