Hanya Sandiwara Politik DAP, Dakwa Bekas Anggota PKR

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan pemimpin DAP dan peguam Karpal Singh dan Gobind Singh menarik diri daripada menyertai Suruhanjaya Siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock merupakan satu sandiwara dalam usaha melambat-lambatkan prosiding, kata seorang bekas anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ng Lum Yong mendakwa bahawa DAP cuba untuk menggunakan kes itu untuk kepentingan mereka dengan harapan untuk menarik sebanyak mungkin sokongan dan undi daripada orang ramai dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya mengikuti kes itu setiap hari dan bersimpati dengan keluarga mangsa. Kes ini amat penting kepada masyarakat Cina.

"Jadi DAP berharap untuk memainkan kes ini untuk kepentingan mereka, supaya mereka dapat menggunakan kes ini sebagai isu semasa pilihan raya umum bagi mendapatkan undi simpati," katanya.

Beliau juga meminta DAP dan kerajaan negeri Selangor untuk memberikan kebebasan kepada Suruhanjaya Siasatan menyiasat kes itu dan sebarang usaha untuk mempolitikkan isu itu perlu dihentikan.

Inkuiri yang kini memasuki hari ke-10, mempunyai tiga bulan lagi untuk merumuskan kes itu. Ia perlu mengemukakan hasil inkuiri itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada 25 April.

Selepas inkuiri pada hari ketiga, keluarga Teoh menarik diri daripada menyertai suruhanjaya itu selepas mereka gagal mendapatkan kebenaran suruhanjaya itu bagi menangguhkan prosiding itu pada Jumaat.

Karpal dan Gobind juga gagal dalam permohonan mereka supaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen berundur sebagai pengerusi suruhanjaya.

Ng, yang baru sahaja menyertai MCA bulan lepas, mengulas kenyataan Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong yang mendakwa bahawa penarikan diri DAP daripada suruhanjaya itu adalah disebabkan mereka tahu kedudukan sebenar.

Apabila ditanya jika beliau percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Wee, Ng berkata: "Beliau (Wee) seorang Anggota Parlimen, jadi saya fikir beliau sudah pasti mempunyai sumber maklumat yang boleh dipercayai dan kuat bagi beliau untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan