PRK Merlimau: PAS Pertaruh Yuhaizad

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: PAS mempertaruhkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Pengumuman calon parti pembangkang itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis dekat sini, malam Khamis.

Yuhaizad yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin memiliki Diploma Tasawur Islam dijangka berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, pada PRK yang ke-15 sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke dan Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Ghani Rahman.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin berkenaan pada pilihan raya kecil berkenaan.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan serentak dengan pemilihan Kerdau di Pahang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan