Pengusaha Bas Boleh Dikenakan Tindasan Jika Enggan Berpindah Ke TBS-BTS

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengusaha syarikat bas ekspress ke selatan tanah air boleh dikenakan tindakan undang-undang jika enggan berpindah dari terminal sementara di Bukit Jalil ke Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) sebelum 1 Mac ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Jika mereka tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda RM10,000 bagi individu dan RM50,000 bagi syarikat atau boleh dikenakan hukuman penjara mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya kepada pemberita semasa melawat TBS-BTS di sini, Khamis.

Beliau berkata SPAD telah memberikan masa yang secukupnya untuk pemindahan secara berperingkat mulai 23 hingga 28 Februari bagi membolehkan syarikat bas merancang dan melaksanakan proses pemindahan operasi mereka dengan lancar dan memudahkan semua pihak yang terlibat.

Pengusaha bas ekspres termasuk Konsortium Transnasional Berhad dan Plusliner enggan berpindah ke TBS-BTS kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan caj dan kaedah penjualan tiket yang disyaratkan oleh oleh pengurusan hab pengangkutan awam itu.

Syed Hamid juga berkata 30 kaunter tiket tambahan akan dibina bagi membolehkan pengusaha bas yang sudah mempunyai perkhidmatan e-ticketing membuka kaunter mereka sendiri di terminal itu.

"Mana-mana syarikat bas yang tidak mempunyai sistem e-ticketing, pengurusan tiket akan dikendalikan oleh pihak Maju TMAS Sdn Bhd iaitu syarikat pengurusan terminal TBS-BTS. Buat masa ini 14 syarikat bas telah beroperasi di kaunter tiket yang disediakan di terminal ini," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa pengguna akan dikenakan surcaj bagi setiap tiket yang dibeli di situ, Syed Hamid berkata: "Kita akan berunding dan akhirnya akan diputuskan apa juga yang terperinci tapi buat masa ini pengguna akan beli tiket sebagaimana yang telah ditetapkan dan belum diputuskan mengenai surcaj."

Terminal setinggi enam tingkat dengan kos RM570 juta itu dibuka awal bulan lepas dan dilengkapi dengan 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta termasuk kawasan letak kereta khas untuk wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan