Pemuda UMNO Buat Laporan Dakwa Kerajaan Selangor Salah Guna Wang Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemuda Umno Selangor dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Khamis membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kononnya kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahguna wang rakyat bagi membiayai penginapan perwakilan parti pada kongres PKR November tahun lepas.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Mohamed Salleh Ungku Abdul Jamal, berkata laporan itu dibuat ekoran pendedahan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, yang mendakwa kerajaan negeri menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menggunakan dana lebih RM80,000 bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.

"Kami juga akan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kepada SPRM," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu di Pejabat SPRM Selangor dekat sini.

Turut hadir Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin.

Ungku Mohamed Salleh berkata laporan SPRM itu dibuat atas dasar tanggungjawab sosial kerana dakwaan itu melibatkan kepentingan awam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan