Pakatan Pembangkang Tidak Perlu Kabinet Bayangan: Anwar

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang tidak perlu membentuk kabinet bayangan kerana jawatankuasa Parlimen yang telah ditubuhkan sebelum ini sudah memenuhi kriteria berkenaan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak perlu dibentuk kabinet bayangan kerana kita telah pun mendahului dengan wujudnya jawatankuasa ini yang meneliti isu-isu mengikut portfolio kerja masing-masing," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan 'Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat' bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di sini hari ini.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang mencabar parti pembangkang supaya memperlihatkan bayangan Kabinet mereka kepada rakyat sekiranya mereka begitu berhasrat untuk memerintah negara.

Sementara itu, beliau menggesa negara-negara Islam termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Libya.

"Kami mengutuk keras langkah dan tindakan Muammar Gaddafi yang terus menindas dan mendera rakyat dan mendoakan agar rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang rakus ini," katanya.

Negara itu bergolak sejak seminggu lepas berikutan tunjuk perasaan mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan