Najib Minta SPAD Kaji Projek MRT Turki

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Datuk Seri Najib Tun Razak akan meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) melakukan kajian mendalam terhadap projek infrastruktur antara yang terbesar di dunia, terowong dan sistem kereta api komuter MRT Marmaray di Istanbul, untuk Malaysia mempelajari perancangan dan pelaksanaannya.

Perdana Menteri, yang melawat tapak projek itu di sini pada Rabu, berkata beliau tertarik dengan kejayaan Turki mengendalikan sebuah projek pengangkutan komuter yang besar dengan keupayaan mengangkut satu juta penumpang sehari.

"Ini bukan satu projek yang mudah tetapi mereka berjaya untuk dapat membuat perancangan dan pelaksanaan sebuah projek yang akhirnya akan membawa satu juta pelanggan pada setiap hari," kata Najib pada satu sidang akhbar di akhir lawatan tiga harinya ke Turki.

Najib berkata Malaysia boleh mengkaji pelaksanaan projek itu terutama daripada pengurusan nilai khususnya bagaimana untuk mendapatkan pulangan yang maksimum dengan perbelanjaan yang minimum.

Projek MRT Marmaray adalah projek menaik taraf landasan kereta api komuter sepanjang 76 kilometer dari Halkali, yang terletak di Istanbul sebelah Eropah ke Gebze di Istanbul sebelah Asia.

Landasan kereta api di kedua-dua belah Istanbul yang dipisahkan oleh Selat Istanbul itu akan dihubungkan menerusi sebuah terowong yang dibina di dasar laut.

SPAD ditubuhkan oleh kerajaan pada 3 Jun tahun lepas bertujuan meningkatkan sistem pengangkutan awam negara yang menjadi teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

Ia akan mengambil alih peranan Jabatan Keretapi Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta fungsi Pesuruhjaya Pelancongan dalam urusan perlesenan bas-bas pelancongan.

Najib memuji Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kerana berjaya dalam empat projek besar yang disertainya di luar negara termasuk dalam mengendalikan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA), satu daripada dua lapangan terbang utama di Istanbul.

MAHB mempunyai kepentingan 20 peratus dalam ISGIA.

Najib berkata penglibatan MAHB itu selaras dengan keinginan beliau supaya syarikat-syarikat Malaysia termasuk yang berkaitan kerajaan (GLC) menjadi syarikat serantau dan global.

Perdana Menteri yang turut melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha pada Rabu berkata bilangan pengguna di lapangan terbang itu antara tahun 2009-2010 telah melonjak 90 peratus daripada enam juta orang kepada 11 juta walaupun dunia ditimpa krisis ekonomi global dalam tempoh itu.

Bagi tahun ini, bilangan itu dijangka melonjak kepada 16 juta.

"Jadi dengan trafik yang semakin besar ini bererti kita telah berjaya dalam perniagaan ini dan kita dapat pengalaman yang banyak macam mana kita nak menguruskan sebuah projek yang besar dengan mendapat pulangan komersial yang menguntungkan.

"Jadi ini semua akan menjadikan MAHB dan syarikat-syarikat Malaysia lebih kukuh dari segi pengalaman mereka," katanya.

Tiga projek lain di luar negara di mana MAHB terlibat ialah dua di India dan satu di Maldives. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan