KPI: PKR Sepatutnya Mulakan Dengan Anwar

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya meneliti prestasi pemimpin tertingginya, terutamanya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mewajibkan ujian dalaman Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Anggota Parlimen yang lain.

Menyifatkan KPI itu tidak telus memandangkan laporan disimpan secara eksklusif oleh pemimpin tertinggi, Wee, yang keluar daripada PKR untuk menjadi Anggota Parlimen Bebas, turut mendakwa prestasi Anwar tidak mencapai tahap yang diharapkan.

"Jika PKR berpendapat ada keperluan bagi KPI, maka ia seharusnya bermula dengan KPI mengenai tindakan bermain politik oleh pemimpin tertinggi mereka... YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor dan mengumumkan bahawa beliau akan membawa masuk pelaburan bernilai RM4 bilion ke negeri Selangor.

"Di manakah pelaburan itu?," tanya beliau dalam posting terbaru dalam blog beliau, weechookeong.wordpress.com.

Wee mengulas laporan berita online bahawa jawatankuasa khas parti itu yang diketuai oleh anggota majlis tertingginya, Nik Mahmood Nik Hassan, telah mengklasifikasikan tujuh Anggota Parlimen daripada PKR, termasuk Timbalan Presiden dan Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali, sebagai 'wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas.'

Enam lagi Ahli Parlimen terbabit ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Lee Hoy Sian (PJ Selantan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo Burne (Kelana Jaya).

Ujian KPI itu turut mendapati bekas Ahli Parlimen daripada PKR Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Nordin (Kulim Baharu), Mohsin Fazli Samsuri (Bagan Serai) dan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) sebagai tidak menjalankan tugas.

"Pada pengetahuan saya, di bawah halangan politik yang hebat, keenam-enam Anggota Parlimen PKR telah pun melaksanakan tugas mengikut keupayaan mereka, terutamanya Anggota Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul, yang menjalankan tugas dengan baik dalam Jawatankuasa Kira-kira Awam.

"Bagi Ahli Parlimen Konsensus Bebas pula, tiada sebarang keperluan bagi PKR melakukan KPI memandangkan kami telah pun keluar daripada PKR kerana kami tidak lagi berpegang kepada permainan politik mereka yang berterusan, politik 'Cakap Tak Serupa Bikin'," katanya.

Wee turut mengkritik PKR kerana cuba meniru KPI, yang merupakan buah fikiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PKR berusaha bersungguh-sungguh untuk menirunya tetapi tanpa ketelusan dan tadbir urus... KPI adalah contoh jelas bahawa pemimpin PKR sudah bankrap idea," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan