Hasanuddin Salim Calon PAS DUN Kerdau

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim, 43, dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di markas induk parti itu di Kerdau, Khamis malam.

Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang di sini bakal berhadapan dengan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti.

"Ini adalah amanah yang cukup berat, tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DUN Kerdau ini akan dirampas oleh PAS.

"Walaupun amanah ini cukup berat, tetapi dengan kekuatan dan iltizam, kita akan bekerja dengan baik untuk rampas DUN Kerdau ini." katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon PAS di sini.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Temerloh pernah mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-12 di DUN sama.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan