Anggota Parlimen Nibong Tebal Sertai Parti Kita

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Parlimen Bebas setahun lalu, hari ini mengumumkan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana tertarik dengan perjuangan parti itu yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim dan percaya ia mampu memperjuangkan hak kesemua rakyat di negara ini secara sama rata.

"Saya menyertai Kita untuk menjadi sebahagian anggota parti ini yang benar-benar berminat untuk melakukan perubahan, menangani kebimbangan, menangani isu-isu besar supaya berlaku pembaharuan demi kebaikan negara kami.

"Datuk Zaid Ibrahim fokus pada keperluan untuk politik konstruktif, dan perkara itu sentiasa menjadi matlamat saya dalam politik. Tiada tempat atau masa untuk politik kotor, tuduhan atau cubaan memburukkan peribadi kerana terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memajukan negara," katanya pada sidang akhbar di sini.

Ditanya sama ada beliau sudah memaklumkan kepada anggota Konsensus Bebas mengenai perkara itu, Tan berkata beliau tidak mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian.

Zaid yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata KITA dilancarkan 19 Januari lepas dan disahkan sebagai parti politik berdaftar pada Rabu lepas itu telah menerima lebih 1,000 permohonan daripada orang ramai yang berminat untuk menyertainya.

"Kita membuka keahlian kita untuk semua, sesiapa saja boleh menjadi ahli, termasuklah mana-mana anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)," kata bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu.

Ditanya mengenai persediaan parti itu untuk pilihan raya umum akan datang, Zaid berkata pihaknya sedang mengenal pasti pemimpin yang layak untuk menjadi calon di kawasan yang diyakini boleh dimenangi parti itu.

"Kita juga sedang meneliti dari segi aspek lain seperti kawasan mana dan sebagainya tetapi itu tidak boleh saya huraikan sekarang ini. Kita harap pilihan raya ini lambat lagilah dan saya percaya kita ada masa untuk bersiap sedia.

"Bagi pilihan raya negeri Sarawak pula kita akan bekerjasama rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan