SPR Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Semasa Pilihan Raya Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi kemungkinan banjir pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR akan menggunakan pengalaman mengendalikan pilihan raya dalam keadaan banjir seperti yang ditempuhinya semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor, bulan lepas.

"Sudah pasti sebelum kami menetapkan tarikh pilihan raya, kami akan berhubung dengan Jabatan Meteorologi bagi mendapatkan laporan ramalan cuaca, kemungkinan berlakunya banjir dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan sesi taklimat kepada 24 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 51 Penolong Pegawai Pengurus bagi kawasan Kalaka dan Balleh di sini.

Abdul Aziz berkata SPR, yang meluluskan peruntukan sejumlah RM45 juta bagi mengadakan pilihan raya negeri Sarawak kali ini, telah bersiap sedia dengan segala keperluan logistik bagi mengendalikan pilihan raya negeri.

"Kami akan menggunakan 24 helikopter, 4,124 kenderaan pacuan empat roda, 919 perahu panjang dan 63 bot laju berikutan negeri ini yang luas, kawasan petempatan yang berselerak dan rupa bumi tidak sekata," katanya.

Beberapa kawasan pula begitu luas dengan ada kawasan menyamai keluasan Pahang. "Ini merupakan cabaran-cabaran yang ada. Tetapi jika kita telah melakukan persiapan terbaik dan terperinci, kita boleh mengatasi masalah berkenaan," katanya semasa berucap.

Abdul Aziz menasihatkan para pegawai dan petugas pilihan raya tidak berasa goyah dengan tugasan dan keadaan yang dihadapi kerana mereka diberi kuasa untuk mengawal keadaan sepenuhnya.

"Jika anda berasa perlu melakukan apa jua keputusan dengan segera, anda lakukannyalah mengikut prosedur suruhanjaya dan undang-undang," katanya.

Selepas sesi taklimat di sini, sesi seumpamanya akan dilakukan di Miri bagi 15 Pegawai Pengurus dan 39 Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan