Saman: JPJ, PDRM, DBKL Wujud Pegawai Rujukan

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini menempatkan pegawai rujukan bagi membantu orang ramai yang tidak berpuas hati dengan saman terhadap mereka.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata pegawai terbabit ditempatkan di semua cawangan JPJ dan polis di seluruh negara akan memberi penjelasan berhubung saman yang dikenakan kepada orang ramai.

"Antara sebab mereka mempertikai saman itu termasuklah menganggap saman itu tidak patut dikeluarkan kepada mereka, tidak pernah menerima notis saman atau kenderaan sudah ditukar milik kepada orang lain.

"Jika kes itu meritnya benar atas apa yang dipertikaikan, saman-saman itu akan dipertimbangkan untuk NFA (no further action - tiada tindakan lanjut), tapi jika ikut rekod jabatan saman itu didapati valid dan kita berpuas hati, saman itu akan diteruskan dan mesti diselesaikan," katanya pada sidang media, di sini, Rabu.

Solah berkata langkah itu yang dilaksana sejak awal minggu ini akan diperluas ke semua pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dalam masa terdekat.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Trafik Pasukan Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof serta wakil-wakil Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta DBKL.

Mengulas lanjut, Solah berkata sebelum ini pihak yang berkenaan banyak menerima aduan orang ramai berhubung isu saman, namun sukar ditangani kerana kebanyakan aduan dihantar melalui emel dan tidak mengandungi maklumat lengkap.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata orang ramai tidak perlu menulis kepada media untuk mempertikaikan saman yang diterima sebaliknya perlu berhubung dengan agensi terlibat.

Beliau berkata jika orang ramai memerlukan bukti terhadap saman yang dikeluarkan polis, mereka boleh menyemaknya di Bukit Aman jika kesalahan dilakukan di sekitar Lembah Klang.

"Jika di luar Lembah Klang, kena tengok di mana kejadian itu berlaku (untuk berurusan dengan polis di daerah itu). Tetapi ini bagi yang nak tengok gambar sahaja, yang tak nak tengok perlulah menulis kepada kita.

"Cuma gambar yang disediakan hanya untuk yang memandu melebihi had laju sahaja, yang tiada cukai jalan tiadalah gambar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan