PRK Merlimau: Muhyiddin Ingatkan Jentera BN Jangan Terlalu Yakin

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya jangan terlalu yakin akan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri mahu seluruh jentera parti bekerja bersungguh-sungguh memenangi hati rakyat dalam usaha BN mengekalkan kerusi berkenaan.

"Memang kita yakin akan menang di kerusi ini, tapi kita jangan terlalu yakin, Pas akan bertanding di sini kononnya mahu menguji jentera mereka walaupun yakin tak menang, apa pun hormati mereka," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Sebelum itu beliau mengumumkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, sebagai calon BN untuk Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Roslan merupakan anak jati kawasan ini merupakan Pengurus Perbadanan Melaka Holdings (PMH).

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac serentak dengan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Pahang jika ada pertandingan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, semua kaum kini kembali menyokong BN kerana mereka semakin faham matlamat dan fokus parti untuk membangunkan negara.

Katanya, dengan keadaan ekonomi yang semakin berkembang baik sekarang selain pembangunan dan sosio-ekonomi, menambahkan lagi kepercayaan rakyat kepada BN.

Beliau berkata, program-program yang dirancang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti mampu menambahkan keyakinan masyarakat kepada keupayaan BN mentadbir negara dan menyatupadukan seluruh kaum.

"Kerana itu kita mesti bekerja kuat mempertahankan kerusi ini selain menambah majoriti di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

"Saya difahamkan semua kawasan telah dilawat oleh Datuk Ali, dan nampak perubahan positif sejak siri pilihan kecil sebelum ini," ujar beliau.

Sementara itu, Mohd. Ali berkata, pembangkang tidak mempunyai isu di kawasan Merlimau.

Tambahnya, malah mereka melakukan banyak kesilapan sebelum ini dengan menguar-uarkan fakta yang salah kepada pengundi berkaitan negeri ini termasuk isu roda gondola gergasi, Malaysia Eye bernilai RM30 juta milik swasta sepenuhnya.

"Mereka semua orang luar, misalnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat orang Kelantan... dia tak faham politik di Melaka," tegas beliau.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan