Muhyiddin: Suasana Politik Negara Pada Masa Ini Berpihak Pada BN

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya senario politik negara pada masa ini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) atas faktor rasa puas hati yang dirasai oleh semua kaum di negara ini.

"Saya lihat peningkatan keseluruhan keyakinan rakyat kepada BN bertambah baik berbanding pilihan raya umum lepas (2008) dan rakyat kini lebih senang dan selesa dengan BN," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, Rabu.

Muhyiddin berkata suasana "feel good" atau rasa puas hati itu dibuat berasaskan kepada kemenangan calon BN pada beberapa pilihan raya kecil yang lepas dan menurutnya senario itu perlu diperkukuhkan lagi.

Beliau berkata, BN telah mengambil langkah transformasi politik dan begitu juga perubahan transformasi ekonomi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Transformasi itu yang dimulakan oleh Perdana Menteri sudah ada impak dan hasilnya rakyat akan lebih menilai keupayaan kita (menerusinya) berbanding apa yang dilakukan oleh pihak parti lawan," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil DUN Merlimau, Muhyiddin menasihati jentera pilihan raya parti supaya tidak terlalu yakin walaupun penerimaan rakyat terhadap BN kini amat baik.

"Bermula hari ini, kerja-kerja turun ke padang boleh dilakukan untuk bertemu para pengundi," katanya dan tegasnya bertemu dengan pengundi adalah penting untuk bertanya khabar, bersalam dan bertanyakan masalah mereka untuk dibawa ke pemerhatian BN.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, BN Melaka sudah bersiap sedia bekerja keras bagi memastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya kecil itu bagi memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dihasrat oleh Perdana Menteri.

"Insyallah, kita akan cuba," katanya.

Pada majlis hari ini, anggota jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, dinamakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

DUN Merlimau mempunyai 10,679 pengundi pendaftar melalui tujuh daerah mengundi iaitu Air Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Mohamad Hidhir pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan