Kerajaan Selangor Nafi Hapuskan Kuota Perumahan 30 Peratus Bumiputera

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan bahawa pihaknya menghapuskan 30 peratus kuota perumahan bagi pembeli bumiputera di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar A. Samad sebaliknya berkata kuota perumahan bumiputera di Selangor bukan hanya 30 peratus tetapi antara 30 sehingga 70 peratus berdasarkan kawasan, daerah atau mukim.

"Sekarang kami telah tubuhkan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd bertujuan untuk bantu pemaju memasarkan stok-stok perumahan kuota bumiputera yang tidak dapat dijual oleh mereka.

"Apa yang kami juga telah lakukan ialah untuk licinkan proses pelepasan stok perumahan bumiputera yang tidak dapat dijual oleh pemaju, tetapi ini tidak bermakna pemaju boleh jual sewenang-wenangnya.

"Cuma apa yang kita lakukan supaya ia dapat dipercepat dan diperlicinkan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas laporan media sebelum ini bahawa terdapat cadangan dikemukakan kepada kerajaan negeri berhubung pelepasan secara automatik ke atas kuota perumahan bumiputera.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mengamalkan program pelepasan secara automatik di mana selepas 50 peratus projek perumahan telah disiapkan tetapi tidak terjual kepada pembeli bumiputera, pihak pemaju boleh melepaskan 20 peratus kepada pembeli bukan bumiputera.

"Selepas 75 peratus projek siap tapi tidak dapat jual lagi kepada bumiputera, 30 peratus boleh dilepaskan. Akhirnya sampai peringkat dapat CF selepas enam bulan, barulah semua boleh dilepaskan jika tidak dapat dijual tetapi melalui satu mesyuarat atau jawatankuasa yang mesti buat keputusan tidak melebihi 14 hari," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan