Pilihan Raya MPP: Pro-Mahasiswa Rampas UM

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar pada pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2010/2011 selepas menumpaskan seteru utama, Penggerak Mahasiswa UM yang diadakan pada Isnin.

UM merupakan institusi pengajian tinggi awam yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali pilihan raya kampus diadakan.

Dengan memenangi 23 kerusi fakulti dan membolot semua sembilan kerusi umum yang dipertandingkan telah menjadikan kumpulan Penggerak Mahasiswa UM hilang penguasaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi ini di kampus berkenaan.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan dengan 32 fakulti dan sembilan umum pada pilihan raya kali ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira pukul 5 petang tadi.

Jurucakap Pro-M, Mohd Sabri Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, kemenangan itu adalah diluar jangkaan dan berharap akan ada perubahan dari segi senario politik kampus selepas ini.

Dalam pada itu juga, beliau memberitahu, calon pilihan raya Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu turut menang pada pemilihan di peringkat fakulti universiti itu.

Baru-baru ini kecoh apabila Pro-M bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Rohana Yusof selepas tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal dan membantah penggunaan sistem e-undi pada pilihan raya pada tahun ini.

Kekecohan itu berlanjutan apabila calon Pro-M, Masturah seorang pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam dilaporkan hilang pada petang Sabtu ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan