Pemimpin Islam Perlu Tadbir Seperti Diharapkan Rakyat - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pergolakan politik yang berlaku di beberapa negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara menuntut supaya pemimpin Islam mentadbir negara sebagaimana diharapkan rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memberi contoh 20 peratus daripada rakyat Mesir tidak mempunyai pekerjaan, manakala di Tunisia pula, rakyatnya yang baru menamatkan pengajian di universiti juga gagal mendapatkan pekerjaan.

"Maruah agama Islam sendiri terjejas akibat kegagalan pemimpin-pemimpin Islam mentadbir negara sehingga menyebabkan pemberontakan di kalangan rakyat mereka," katanya ketika merasmikan Seminar Perpaduan Ummah 2011 anjuran Majlis Badan-Badan Islam Johor di sini, Isnin.

Keadaan di Malaysia, kata Dr Mahathir yang juga Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), adalah berlainan dengan kerajaan berusaha keras mewujudkan pekerjaan untuk rakyat.

Menurut beliau, ada antara negara yang sedang bergolak itu menerima bantuan kewangan daripada negara yang diketahui tidak menyukai agama Islam, untuk membiayai pentadbiran negara.

"Kerajaan-kerajaan ini dibiayai oleh pihak yang mempunyai kepentingan lain, yang tidak sama dengan kepentingan umat dan agama Islam," kata Dr Mahathir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan