K'jaan Negeri BN Diminta Tanggung Tiket Kapal Terbang Pelajar Kembali Ke Mesir

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) diminta menanggung kos tiket kapal terbang anak negeri yang mahu kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, Selasa.

Pada mesyuarat itu Muhyiddin juga memutuskan agar Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) memberi bantuan RM500 dan tiket penerbangan bagi lebih 400 pelajar tajaannya kembali ke Mesir, kata Jamil Khir kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada peruntukan kerajaan persekutuan.

Mengenai bila pelajar terbabit akan dibenarkan kembali ke Mesir, beliau berkata keputusan itu akan dibuat Kementerian Pengajian Tinggi.

Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP ditemui di Majlis Silaturrahim Menteri Jabatan Perdana Menteri bersama Pelajar-Pelajar Wilayah Persekutuan di Universiti Mesir di sini.

Sementara itu, pelajar yang ditemui pada majlis tersebut menyambut baik sumbangan MAIWP dan berharap kerajaan dapat mempercepatkan penghantaran mereka ke Mesir bagi menyambung pelajaran.

Azrin Jamil, 24, pelajar tahun akhir jurusan usuluddin di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta berkata beliau perlu mengambil peperiksaan pertengahan semester yang dijadualkan pertengahan bulan depan.

Beliau berkata kira-kiara 250 daripada 700 pelajar Malaysia di universiti itu mengambil jurusan Pengajian Islam.

Pengerusi Badan Kebajikan Anak-anak Wilayah di Mesir, Mohd Adlly Mohd Bokhori berkata mereka berharap dapat kembali ke Mesir selewat-lewatnya pertengahan bulan depan memandangkan kebanyakan mereka kini di tahun akhir dan perlu menjalani latihan praktikal.

"Pihak universiti juga tidak memberikan hitam putih mengenai peperiksaan kami," kata pelajar tahun akhir pengajian Al-Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan