Kerajaan Negeri Setuju Tampung Kos Pelajar Malaysia Pulang Ke Mesir

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) akan menanggung kos penghantaran pulang semua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-111 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Selasa.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengarahkan setiap negeri di bawah pimpinan BN supaya menggunakan dana negeri atau Baitulmal untuk menghantar pulang semua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

"Saya harap bahawa dana di peringkat negeri digunakan (untuk menanggung kos penghantaran pulang pelajar) supaya tidak ada lagi tohmahan dan menuduh mana-mana pihak bersalah dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Majlis Silaturrahim bersama Pelajar-Pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Mesir di Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Beliau berkata pada ketika ini adalah lebih penting jika semua pihak mengetepikan soal kepentingan politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada soal menyelesaikan masalah penghantaran pulang para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

"Masa ini bukan masa kita bercakap soal parti, tapi ini sepatutnya kita bincang soal anak-anak kita yang bukan ahli mana-mana parti tetapi mereka adalah pelajar yang perlu dibantu," katanya.

Jamil Khir turut mengesahkan bahawa semua Ketua Menteri dan Menteri Besar yang hadir pada mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menanggung kos penghantaran pulang semula pelajar terbabit dengan pergolakan yang berlaku di Mesir, Januari lalu.

"Di Wilayah Persekutuan kita juga mengambil tugas dan tanggungjawab yang sama di mana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menghantar kembali pelajar-pelajar ini ke Mesir beserta wang saku sebanyak RM500.

"Selaku Pengerusi (MAIWP) saya mengambil tanggungjawab dengan menggunakan dana Baitulmal untuk menghantar semua anak Wilayah Persekutuan ini seramai kira-kira 500 orang,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang juga telah bersetuju untuk menanggung kos penghantaran semula pelajar mereka di Mesir.

"Kalau ada mana-mana negeri yang tidak ada bantuan kewangan ini insya-Allah kerajaan Persekutuan akan membantu untuk mendapatkan sumbangan daripada Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau badan-badan korporat untuk menanggung kos tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Menteri yang bertanggungjawab mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jamil Khir berkata untuk mendapatkan maklumat mengenai penghantaran pulang secara percuma, para pelajar tersebut perlu menghubungi MAIWP atau melayari laman portal Jakim di www.islam.gov.my .

"Mereka boleh mendaftar nama dan butiran peribadi secara atas talian manakala bagi pelajar yang berasal daripada Wilayah Persekutuan mereka boleh hadir atau menelefon terus ke MAIWP untuk urusan tiket dan sebagainya,” katanya.

Mengenai tarikh kepulangan pelajar-pelajar ini ke Mesir, beliau berkata adalah bergantung kepada pemantaun yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Perkembangan universiti akan dibuka tidak sama dan ada yang dilanjutkan kerana mereka memgambil kira pelajar luar. KPT akan mencadangkan tarikh pergerakan awal untuk pelajar-pelajar ini pulang ke Mesir," katanya.

Ketika ditanya sekiranya situasi di bumi Mesir terus bergolak, apakah nasib para pelajar Malaysia yang menuntut di negara tersebut, Jamil Khir berkata perkara tersebut akan diteliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi selepas berbincang dengan pihak yang berkenaan.

"Kita akan memikirkan supaya universiti tempatan untuk mengambil alih tempat pengajian pelajar-pelajar kita yang menuntut di Mesir. Perkara ini perlu dibincang secara terperinci sekiranya keadaan di Mesir menyebabkan mereka tidak boleh pulang ke sana," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan