Kerajaan Negeri Sambut Baik Pindaan Akta Pengangkutan Jalan

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyambut baik penguatkuasaan pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang kini memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengepit dan mengalihkan kenderaan yang menghalang lalu lintas.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri Chow Kon Yeow berkata, pindaan Seksyen 48(2) Akta Pengangkutan Jalan itu membolehkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan tegas terhadap pesalah trafik untuk menangani masalah kesesakan trafik di pusat bandar terutama di sini.

Chow dalam satu kenyataannya berkata, bagaimanapun satu kempen kesedaran mengenai pindaan undang-undang itu perlu dilakukan dahulu sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah diluluskan pada hujung tahun lepas telah dikuatkuasakan mulai 1 Februari ini.

Akta itu mengandungi 50 pindaan dan bidang baru dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya hujung Mac nanti dan antaranya ialah memberi kuasa kepada Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis dan PBT untuk mengalih dan mengepit serta menahan kenderaan yang mengganggu lalu lintas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan