Firefly Semak Semula Sasaran Penumpang Kepada 3.5 Juta Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fly Firefly Sdn Bhd, unit Malaysia Airlines menyemak semula sasaran penumpangnya kepada 3.5 juta tahun ini daripada sasaran awal tiga juta penumpang dengan pelancaran hab bahagian selatannya di Senai, Johor.

Pengarah Urusan FireFly, Datuk Eddy Leong berkata, hab baharu itu akan beroperasi pada Mei dengan dua pesawat Boeing 737-400 dan bukannya pesawat 737-800.

"Kos beroperasi dengan pesawat 737-400 adalah tiga setengah kali lebih rendah. Apabila hab itu terbukti berjaya, barulah kami akan memikirkan untuk membawa pesawat 737-800," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syarikat penerbangan bajet itu yakin pelbagai aktiviti komersil dan pelancongan di Johor Bahru menerusi pembangunan Iskandar Malaysia boleh memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan ekonominya.

Rancangan baharu itu adalah susulan penerbangan pesawat jet pertama syarikat penerbangan komuniti itu pada bulan lepas, beroperasi dengan Boeing 737-800.

Ketika ini Firefly memajak pesawat 737-400 daripada pasaran terbuka bagi pajakan jangka pendek kurang daripada lima tahun, katanya sambil menambah untuk bertukar kepada pesawat 737-800, ia dijangka mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk berbuat demikian.

"Kelaknya apabila pembangunan wilayah Iskandar berkembang pesat kedatangan pengunjung perniagaan dan juga liburan dijangka meningkat.

"Ransangan ekonomi akan mewujudkan trafik semulajadi," jelasnya.

Syarikat penerbangan komuniti itu hari ini mengumumkan fasa kedua program pengembangannya dengan pelancaran hab selatannya di Johor dan hab timur di Kota Kinabalu, Sabah.

Fasa ini akan disertai dengan pengenalan sektor-sektor baharu dan kekerapan tambahan di laluan Sabah dan Sarawak, yang mula beroperasi pada Januari tahun ini.

Leong berkata, pesawat 737-800 akan berpangkalan di Kota Kinabalu dan Firefly akan meningkatkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu kepada enam kali setiap hari dari 15 Mei. Ketika ini ia terbang tiga kali sehari.

FireFly juga menyasar laluan antarabangsa dari hab baharunya, Senai dan menjangka memulakan penerbangan ke Jakarta, Surabaya dan Bandung dalam suku ketiga tahun ini.

Ia kemudiannya diikuti Bangkok dalam suku keempat, kata Leong.

Hab baharu itu menambahkan jumlah prasarana hab FireFly kepada lima dengan hab sedia adanya di Subang Skypark, Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Pulau Pinang.

Ditanya bila syarikat penerbangan itu merancang untuk membeli pesawat baharu, beliau berkata kemungkinan besar slot itu akan tersedia pada tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pasaran pajakan amat menarik kerana ia sangat selamat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan